fb fb fb fb fb

Perkasa remaja wanita, sedia hadapi cabaran global

KUALA LUMPUR, 15 Oktober- Pemerkasaan golongan remaja wanita perlu diperkukuh bagi memastikan golongan itu sentiasa bersedia menghadapi tekanan dan cabaran membesar dalam mendepani dunia yang mencabar.

Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara itu disebabkan golongan itu berisiko terlibat dengan jenayah terutama dengan kemunculan media sosial.

Antaranya risiko jenayah termasuk kes buli, penipuan serta pemangsa serta amalam dandanan seksual atas talian yang menyasarkan kanak-kanak dan juga mereka yang tidak bersalah..

"Itulah sebabnya PPPM berharap dapat memperkasakan gadis untuk menjadi lebih kuat dan lebih tabah.

"Kami mahu membentuk mereka menjadi pemimpin, tidak tunduk kepada pembuli, pemangsa dan ancaman serta sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran," katanya dalam ucapan pada Majlis Sambutan Hari Remaja Wanita Sedunia Pandu Puteri Malaysia bersempena Persidangan Antarabangsa Olave-Baden Powell Society (OB-PS) di ibu negara hari ini.

Sambutan Hari Remaja Wanita Sedunia oleh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) kini menjadi platform global dalam memperjuangkan hak golongan kanak-kanak dan remaja wanita.

Turut mencemar duli Raja Permasisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selaku Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Persidangan yang diadakan buat pertama kali di Malaysia mengumpulkan lebih 360 peserta dari 17 negara, termasuk United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Nigeria, Korea dan Jepun.

(Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail)

Media Baharu