fb fb fb fb fb

PERKESO bantu pekerja syarikat penerbangan tambang murah ditamat perkhidmatan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 15 Oktober - Lebih 500 pekerja sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang ditamatkan perkhidmatan akan dibantu oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata pihaknya sedia maklum berkenaan kemelut yang sedang dihadapi syarikat tersebut.

Katanya, kementerian juga sentiasa memantau perkembangan terkini bagi memastikan segala perkara yang melibatkan kebajikan pekerja akan diambil tindakan segera.

(Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar / FOTO FAIL)

"Pekerja syarikat berkenaan akan menerima gantian pendapatan untuk tempoh tiga hingga enam bulan sementara mendapat kerjaya baharu termasuk dibantu melalui peningkatan kemahiran (upskilling) mengikut keperluan individu," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Sivakumar, manfaat Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) itu diberikan selepas semakan terhadap rekod caruman Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mereka memenuhi syarat kelayakan.

Mereka juga akan dimaklumkan mengenai kekosongan jawatan dan penempatan pekerjaan baharu melalui portal perkhidmatan pekerjaan negara MYFutureJobs.

Media Baharu