fb fb fb fb fb

Peruntukan mengurus, pembangunan dalam Belanjawan 2023, dijangka kekal

PUTRAJAYA, 12 Januari- Peruntukan mengurus dan pembangunan dalam Belanjawan 2023 yang bakal dibentang, dijangka kekal.

Bagaimanapun tegas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, ia hanya akan dimuktamadkan menjelang pembentangan 24 Februari depan.

Belanjawan tersebut juga bakal mengambil kira data prestasi ekonomi suku tahun keempat dan keseluruhan tahun 2022 yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.


(Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli)

"Saya rasa ekonomi Malaysia untuk 2022 adalah lebih baik berbanding jangkaan. Tetapi kita juga perlu mengambil kira ekonomi global. Malaysia tidak terkecuali daripada terkesan. Kita akan meneliti perkara ini dalam dua tiga minggu lagi menjelang belanjawan", katanya.

Rafizi optimis prospek pertumbuhan tahun ini selari unjuran dibuat Bank Negara di sebalik ketidaktentuan global.

Tumpuan juga kepada penjimatan kos projek pembangunan yang berpotensi memberi kesan gandaan optimum.

Rafizi ditemui pada Pelancaran Platform Perkongsian Data Terbuka OpenDOSM NextGen oleh Jabatan Perangkaan di Putrajaya.

Media Baharu