KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan peruntukkan yang diberikan kepada kementeriannya, sangat komprehensif sekali gus membantu pihaknya merencana semua polisi yang disusun.
"Dari persektif KDN saya fikir sebahagian syor yang kami bawakan diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antaranya kawalan persempadanan negara, reformasi penjara, aset-aset seperti penguat kuasa.
"Aspek penagihan dipinda dan ia memerlukan kami menyediakan persiapan logistik pusat serenti sebab kita tidak lagi meletakkan mereka ke penjara tetapi pusat serenti. Diikuti dengan single border angensi (150 kawalan pintu masuk negara tidak dikawal banyak agensi). Itu yang disebut oleh perdana menteri, ia akan bermula pada tahun depan," katanya ketika ditemui pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen di sini.
Sementara itu kelulusan peruntukan bernilai RM10 juta akan digunakan untuk pembinaan tiga Baitul Mahabbah di seluruh negara.
"Satu telah dilbina di Nilai pada September, satu lagi akan diluncurkan di Papar, Sabah dijangka pada bulan November ini. Ia akan diikuti dengan Sarawak dan satu lagi akan ditambah di Semenanjung. Ia menjadikan jumlahnya sebanyak empat di dalam negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat di sini.
Saifuddin berkata dengan peruntukan yang diberikan itu ia membolehkan KDN melaksanakan rancangan yang telah direncanakan.
(Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)