KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Bayaran insentif awal kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja pekerja Di dalam Perkhidmatan Awam, CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat juga berharap sistem saraan berkenaan dapat dipercepatkan proses dan pelaksanaannya untuk kebaikan penjawat awam secara keseluruhannya.
"CUEPACS berharap sistem saraan penjawat awam mampu untuk kerajaan mempercepatkan prosesnya supaya kami anggota perkhidmatan awam dapat menikmati di bawah sistem saraan penjawat awam yang baharu ini agar gaji kami lebih selesa, pendapatan kami juga selesa.
"Walaupun RM2.4 bilion untuk membaiki kuarters, kami berharap kerajaan meneruskan usaha-usaha membina rumah mampu milik agar penjawat awam mampu memiliki rumah bersesuaian dengan pendapatan mereka," kata Adnan di sini.
(Kami juga berharap walaupun RM2.4 bilion untuk membaiki kuarters, kami berharap
kerajaan meneruskan usaha-usaha membina rumah mampu milik agar penjawat
awam mampu memiliki rumah bersesuaian dengan pendapatan mereka,"
kata Adnan di sini.)