fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024: RM1.2 bilion perkasa OKU

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 13 Oktober - Sejumlah RM1.2 bilion diperuntukan untuk orang kurang upaya (OKU) pada tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tersebut disediakan untuk menyalurkan pelbagai bantuan kepada golongan tersebut seperti penjagaan OKU kronik terlantar, OKU tidak upaya bekerja dan elaun pekerja OKU.

(FOTO HIASAN)

"Tahun hadapan, kadar elaun pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti akan ditingkatkan kepada RM300 sebulan berbanding RM150.

"Peningkatan ini akan memanfaatkan lebih 18,000 pelatih OKU dengan tambahan peruntukan RM30 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, di sini.

Tambah Anwar, bagi memberikan manfaat kepada usahawan OKU mikro, sebanyak RM50 juta peruntukan disediakan untuk kemudahan pembiayaan khas yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Media Baharu