fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024: UTM dipilih jadi pusat pengajian Kecerdasan Buatan pertama negara

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 13 Oktober - Malaysia akan menubuhkan pusat pengajian Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara iaitu Fakulti AI di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan peruntukan awal RM20 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi memperhebat penerokaan bidang tersebut merentas disiplin ilmu.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / FOTO FAIL)

"Malaysia perlu bergerak pantas untuk menerajui bidang tujahan masa hadapan selari dengan ledakan transformasi digital global.

"Inovasi dan bakat digital perlu diperkasakan khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, di sini.

Tambah Anwar, penubuhan pusat itu juga ke arah usaha membekalkan mahasiswa dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan pasaran pekerjaan.

Media Baharu