fb fb fb fb fb

Perunding hartanah, anak bekas exco dilepas dan dibebas

JOHOR BAHRU, 11 Oktober- Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Ogos tahun lalu, melepas dan membebaskan seorang perunding hartanah dan anak bekas exco Johor hari ini, daripada pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta pada 2017.

Pengekalan keputusan dibuat Hakim Noor Hayati Mat, selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, 7 Ogos lalu, yang melepas dan membebaskan Amir Shariffuddin Abd Raub, 50, dan Ahmad Fauzan Hatim, 31.

Semasa penghakimannya, Hakim Noor Hayati mendapati tiada kekhilafan undang-undang dilakukan Hakim Mahkamah Sesyen, dalam membuat keputusan itu.

Selain mendapati penjelasan kedua-dua tertuduh telah menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan, dan tiada kekhilafan berlaku pada Hakim Mahkamah Sesyen dalam menerima penjelasan tertuduh.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, Ahmad Akram Gharib, Mahadi Abdul Jumaat, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Zender Lim Wai Keong.

Manakala Ahmad Fauzan diwakili Datuk Setia Salehudin Saidin, Zulaikha Aini Mohd Khair Johari, Siti Sarah Khalil, dan Abdul Tahim Ali.

Amir Shariffiddin pula diwakili Ahmad Nur Awalluddin Zakaria, Syahmi Nawawi, dan Khairulazwad Sariman.

(Mahkamah Tinggi Johor Bahru)

Media Baharu