fb fb fb fb fb

PAC syor lapan langkah urus padi, beras

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan lapan langkah penambahbaikan berhubung pengurusan industri padi dan beras negara.

Naib Pengerusi PAC Wong Shu Qi berkata, perkara itu hasil rumusan daripada prosiding yang dibuat berhubung isu berkenaan pada 14 Jun lalu.

"Mesyuarat penyediaan laporan ini dibuat pada 24 Ogos lalu, dan turut hadir sama tujuh ahli ex officio PAC terdiri daripada peguam negara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) dan Jabatan Akauntan Negara yang setuju dengan laporan, rumusan dan syor," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen di sini.

Antara syor yang dikemukakan termasuk mengkaji alternatif bagi menjamin kestabilan industri beras untuk mengelak kebergantungan kepada perjanjian konsesi dengan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

Selain itu Akaun Amanah Dana Obligasi Sosial BERNAS perlu dipantau bagi memastikan penyaluran dan penggunaan dana mengikut syarat ditetapkan.

(Wong Shu Qi)

Media Baharu