fb fb fb fb fb

Pertukaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan perkara biasa - Anwar

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 10 Disember - Isu pertukaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) merupakan perkara biasa dalam pentadbiran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kuasa perbincangan berhubung sebarang perlantikan KSP diputuskan penjawat awam yang diketuai Ketua Setiausaha Negara.

Katanya, pertukaran itu juga tiada kaitan dengan khabar angin mengenai kedudukan Datuk Seri Asri Hamidin @ Hamidon sejak beberapa hari lalu.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media Pengumuman
Timbalan Menteri bagi Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya)

“Ini hanya pertukaran biasa, yang juga membabitkan sama ada kenaikan pangkat atau perubahan jabatan dan urusan.

“Wewenang perbincangan akan diputuskan penjawat awam yang diketuai Ketua Setiausaha Negara," katanya pada sidang media selepas mengumumkan barisan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra, semalam.

Tambah Anwar, kedudukan pegawai tertinggi di beberapa kementerian termasuk Ketua Setiausaha yang kini digabungkan menjadi satu urusan pentadbiran juga akan dikendalikan Ketua Setiausaha Negara dengan sewajarnya.

Media Baharu