KUALA TERENGGANU, 10 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu meningkat kepada 339 orang daripada 91 keluarga pagi ini, berbanding 324 orang daripada 87 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan setakat pukul 8 pagi tadi sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Setiu.

di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal / FOTO FAIL)
“Di Kuala Nerus sebanyak dua PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal yang menempatkan 126 penduduk daripada 33 keluarga dan SK Bukit Nanas seramai 72 penduduk daripada 17 keluarga.
"Di Kuala Terengganu, sebanyak dua PPS dibuka iaitu SK Chendering yang menempatkan 34 penduduk daripada 10 keluarga dan SK Atas Tol seramai 63 penduduk daripada 20 keluarga," menurut kenyataan itu.
Kenyataan turut memaklumkan, di Setiu sebanyak dua PPS dibuka iaitu SK Kampung Seri Kasar yang menempatkan 16 penduduk daripada empat keluarga dan Balai raya Kampung Bukit Mak Som seramai 14 penduduk daripada dua keluarga manakala di Besut pula seramai 14 penduduk daripada lima keluarga ditempatkan di Surau Taman Perumahan Bukit Cina.
Berdasarkan data yang dikongsi JPS menerusi laman rasmi sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, setakat ini tiada sungai di negeri ini yang melepasi paras bahaya.