fb fb fb fb fb

Kerajaan konsisten perangi rasuah-Anwar

SHAH ALAM, 10 Disember-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan dibawah pimpinannya akan terus konsisten dalam usaha memerangi rasuah.

Tegasnya, agenda reformasi terutama dalam usaha mencegah rasuah tidak terhad kepada penguatkuasaan.


(Perutusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Antirasuah
Antarabangsa yang disambut pada 9 Disember /Foto dari FB anwaribrahimofficial) 

Sebaliknya, beliau berkata, nilai-nilai seperti integriti, akhlak dan etika ialah aspek yang perlu diterap dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Jelas beliau lagi, usaha meraikan serta memartabatkan integriti bakal memacu Malaysia ke arah kecemerlangan yang holistik.

Ia meliputi aspek fizikal, rohani, nilai dan identiti.

Media Baharu