fb fb fb fb fb

Pertanian bandar bantu tangani isu keterjaminan makanan

Kelas pengenalan pertanian bandar yang dikendalikan oleh Gabriel Hii

KUCHING 23, Jun- Pertanian bandar mampu membantu menangani isu keterjaminan makanan dengan sebahagian besarnya boleh dilakukan di ataas tanah atau ruang yang terhad.

Menurut pemilik sebuah perusahaan sosial, City Grower yang bertapak di Kuching, Gabriel Hii, langkah tersebut turut diyakini dapat membantu sesebuah keluarga berjimat selain dapat menikmati makanan sumber organik.

"Ini juga merupakan sebahagian daripada langkah keselamatan makanan, apabila anda menanam tanaman untuk kegunaan sendiri dan bukannya membeli makanan dari pasaran.

"Selain itu, dalam masa sama anda mengambil makanan yang berkhasiat dan bukannya makanan yang dicemari oleh bahan kimia seperti yang terdapat di pasaran,"katanya.

Jelas Gabriel, ia pada masa dapat menggalakkan kanak-kanak turut berminat dengan pertanian dan terdedah dengan makanan sihat berbanding makanan segera.

Cabaran utama untuk perlaksanaan pertanian bandar adalah perlu mempunyai minat untuk bermula disebalik komitmen kehidupan di bandar.

Menetap di kediaman tinggi juga bukan alasan untuk tidak mula bergiat dalam tanaman bandar yang boleh dilakukan secara bertingkat termasuk sayuran micro hijau, herba dan sayuran berdaun lain.

Ditemui RTM di tapak kebun contoh bandarnya di Kuching, beliau turut mengadakan kelas pengenalan pertanian bandar sempena minggu latihan kebangsaan kepada lebih 20 peserta pelbagai peringkat umur.

Bengkel yang berlangsung lebih empat jam tersebut turut merenangkan kepentingan pertanian bandar daripada pelagai sudut.

Pada masa yang sama menggalakan para peserta dan orang ramai untuk ke Pasar Komuniti di perkarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan, MBKS pada pagi Sabtu pertama setiap bulan untuk berjual beli sayuran tanaman organik.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE