fb fb fb fb fb

Persidangan hartanah AREC 2025 dijangka catat transaksi RM2 bilion

Persidangan AREC 2025 akan berlangsung selamat empat hari bermula pada 23 Julai ini sehingga 26 Julai di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

PUTRAJAYA, 17 Julai – Persidangan Hartanah ASEAN (ASEAN Real Estate Conference – AREC 2025) yang bakal berlangsung pada Rabu depan dijangka mencatatkan transaksi bernilai RM2 bilion.

Persidangan Hartanah itu turut menyasarkan kehadiran lebih 50,000 pelawat tempatan dan antarabangsa.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, AREC 2025 menghimpunkan pemain industri hartanah, pembuat dasar, pelabur serta pakar dari seluruh rantau ASEAN.

"Persidangan ini menjadi platform penting bagi memperkukuh kedudukan Malaysia antara peneraju pembangunan hartanah di rantau ASEAN selain mempamerkan pencapaian kita.

"Kita juga akan meneroka peluang kerjasama serantau dan memperkukuh agenda pembangunan mampan dalam sekor hartanah.

“Persidangan ini adalah salah satu platform penting bagi Malaysia mempamerkan pencapaian kita dan memperkukuh kedudukan sebagai peneraju pembangunan hartanah di rantau ini. So, mark your calendar,” katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Kecemerlangan Pemaju Hartanah Malaysia di sini, hari ini.

Persidangan AREC 2025 akan berlangsung selamat empat hari bermula pada 23 Julai ini sehingga 26 Julai di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

GRACE AISYAH KEDAYAN