fb fb fb fb fb

Persiapan sambutan Hari Radio Sedunia 2024 capai 90 peratus

Pengarah Penyiaran Johor, Azman Hashim / Foto RTM

JOHOR BAHARU, 7 Februari- Persiapan bagi sambutan Hari Radio Sedunia 2024 melibatkan dua daerah di Johor kini mencapai 90 peratus

Pengarah Penyiaran Johor, Azman Hashim berkata, acara perasmian Hari Radio Sedunia 2024 akan berlangsung di Tanjung Piai, Pontian, pada 13 Februari, manakala Konsert Hari Radio akan diadakan pada 14 Februari, di Auditorium Permata Sari.


Menurut Azman, konsert itu juga akan memberi fokus kepada muzik sepanjang zaman, melibatkan lagu dan persembahan daripada penyanyi zaman dahulu sehingga kini.

"Kita tahu radio ini tidak boleh dipisahkan dengan muzik dari dulu sampai sekarang.

"Radio memainkan peranan utama dalam menyiarkan lagu-lagu , tidak kira genre dan peredaran zaman, sama ada 70an, 80an, 90an", kata Azman ketika ditemui RTM di sini.

Sementara itu, Azman turut menjelaskan pemilihan Tanjung Piai sebagai lokasi perasmian sempena Hari Radio Sedunia 2024 adalah disebabkan faktor geografinya yang menarik, dianggap sebagai penghujung benua Asia, selain keunikan hutan paya bakau.

Sambutan Hari Radio Sedunia 2024 juga turut akan dimeriahkan dengan program Johor Der Terbaik, melibatkan penyampai radio daripada 34 stesen seluruh negara, dan akan dibawa menyusuri Sungai Melayu, Iskandar Puteri, bagi merasai keindahan alam semulajadi.

Azman turut meyuarakan komitmen Johorfm pada tahun ini, untuk menarik pendengar baharu bagi memastikan Johorfm sentiasa relevan dikalangan rakyat Johor, dalam masa sama, mengeratkan hubungan dengan pendengar setia.

Konsert Hari Radio disiarkan secara langsung di TV2, pukul 9.00 malam bakal diserikan dengan barisan artis terkemuka tanah air seperti Aina Abdul, Siti Nordiana, Sufian Suhaimi, dan The Gadys.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD