fb fb fb fb fb

Persetujuan penurunan harga minyak masak, pamer semangat Keluarga Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Julai - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyambut baik persetujuan pihak industri menurunkan harga minyak masak seperti yang diumumkan Pasukan Jihad Tangani Inflasi.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin menerusi satu kenyataan berkata pemain industri telah memberi kerjasama yang baik dalam hal ini berasaskan semangat Keluarga Malaysia.

Sebelum ini, kementerian telah mengadakan beberapa siri dialog bersama pemain-pemain industri minyak masak sawit untuk mencari penyelesaian menangani isu kenaikan harga barang keperluan tanpa menjejaskan daya saing sektor tersebut.

Harga minyak sawit mula menunjukkan trend peningkatan ketara pada pertengahan tahun 2020 dan beberapa kali memecahkan rekod dengan harga tertinggi dalam sejarah industri sawit negara pada Januari 2021 hingga Mei tahun ini.

(FOTO FAIL)

Bagaimanapun, peningkatan harga minyak masak masih diimbangi kerajaan menerusi subsidi kepada 60,000 tan minyak masak peket sebulan bagi menampung keperluan pengguna tempatan, terutamanya golongan B40.

Zuraida turut memaklumkan sesi libat urus akan terus diadakan bagi mencari penyelesaian menang-menang untuk semua bagi menjamin kebajikan pekebun kecil sawit.

Kementerian komited memastikan industri sawit kekal sebagai sektor komoditi terbesar dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Media Baharu