fb fb fb fb fb

i-Miliki kecuali duti setem untuk pembeli rumah pertama

(i-Miliki yang membabitkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara
pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama,
secara mengikut peringkat harga rumah)

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Kerajaan komited memperkenalkan pelbagai program untuk memudahkan pemilikan rumah kediaman dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, antara usaha yang giat dilaksanakan termasuk pemberian insentif pengecualian cukai duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan memperkenal inisiatif pemilikan perumahan Keluarga Malaysia atau i-Miliki yang menawarkan pengecualian duti setem 50-100 peratus, untuk pembeli rumah pertama.

Katanyam, i-Miliki yang membabitkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama, secara peringkat  harga rumah.

"Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem sebanyak 100 peratus.


(Kerajaan memperkenal inisiatif pemilikan perumahan Keluarga Malaysia atau i-Miliki yang menawarkan
pengecualian duti setem 50-100 peratus, untuk pembeli rumah pertama)


"Bagi rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50 peratus.

"Pengecualian ini bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Pemilikan Kediaman (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah 2022 di sini.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Karnival itu berlangsung Jumaat hingga Ahad ini di Pusat Pameran Mid Valley di sini.

Ismail Sabri berkata. meskipun pengecualian duti setem ini akan mengurangkan kutipan hasil kepada negara, namun katanya tindakan tersebut merupakan komitmen kerajaan kepada Keluarga Malaysia.

"Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)memaklumkan bahawa tuntutan pengecualian duti setem di bawah Kempen Pemilikan Rumah (Home Ownership Campaign(HOC) adalah sebanyak RM957.8 juta.

"Malah,tuntutan pengecualian duti setem paling tinggi adalah bagiharga rumah RM500,000 dan ke bawah," katanya.

Media Baharu