fb fb fb fb fb

HOPE diharap jadi platform lebih banyak rumah mampu milik dibina -PM

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) melawat ke ruang pameran selepas majlis pelancaran
Home Ownership Programme (Program Pemilikan Kediaman) (HOPE)
dan Karnival Jom Beli Rumah di Pusat Pameran Mid Valley)


KUALA LUMPUR, 15 Julai- Pelancaran Program Pemilikan Kediaman atau Home Ownership Programme (HOPE), antara agenda kerajaan menjadikan pemilikan rumah sebagai satu keutamaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, pelancaran HOPE ini selaras dengan gagasan ‘Satu Keluarga Satu Rumah, bukan sahaja membantu mempromosi perumahan untuk segenap lapisan masyarakat tetapi juga bagimelihat ekosistem sektor perumahan secara holistik.

Sehubungan itu, katanya komitmen kerajaan untuk memastikan penyediaan kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki, haruslah didaya oleh semua pihak penyedia perumahan termasuklah pihak swasta.

Bahkan dalam soal pemilikan rumah ini juga, ia harus didokong oleh ekosistem institusi kewangan yang lebih menyokong dan memudahkan urusan pemilikan.

"Justeru itu, saya cukup gembira apabila Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia atau i-BIAYA telah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian Kewangan bagi memudahkan pemilikan kediaman dalam kalangan Keluarga Malaysia khususnya generasi muda.

(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada pelancaran Home Ownership Programme
(Program Pemilikan Kediaman) (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah di Pusat Pameran Mid Valley/BERNAMA)

"Saya juga dimaklumkan bahawa satu pemetaan Indeks 'Harga Rumah Mampu Milik'sedang dibangunkan oleh KPKT sebagai panduan kepada Keluarga Malaysia tentang harga rumah mampu milik di seluruh negara.

"Oleh itu, saya berharap lebih banyak kediaman mampu milik dapat disediakan oleh pihak pemaju perumahan yang menepati had pendapatan Keluarga Malaysia berdasarkanlokaliti."katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Home Ownership Programme (HOPE) dan Pelancaran Karnival Jom Beli Rumah di ibu negara.


Media Baharu