fb fb fb fb fb

Perpaduan dan keharmonian masyarakat, tunjang kekuatan negara

Majlis Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Tiognhua Labuan (LCCC) sempena Tahun Baharu Cina 2025 di Labuan

LABUAN, 24 Februari- Penganjuran majlis rumah terbuka bukan sekadar satu perayaan tetapi juga manifestasi perpaduan dan keharmonian yang menjadi kekuatan negara Malaysia.

Ia selaras dengan semangat MADANI yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu kepelbagaian menjadi kekuatan dan perbezaan diraikan dalam keharmonian.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, perpaduan dibina atas kepercayaan, hormat menghormati dan usaha berterusan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
 
Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap dasar yang diperkenalkan bersifat inklusif dan berpaksikan kepada keperluan rakyat.
 
Selain itu, sebuah negara yang bukan hanya membangun dari segi ekonomi, tetapi juga kukuh dalam nilai perpaduan dan keadilan sosial.
 
Sementara itu, bagi masyarakat cina, 2025 menandakan kedatangan Tahun Ular iaitu satu simbol kebijaksanaan, ketangkasan dan strategi.
 
Tahun Ular juga menuntut agar lebih berani merebut peluang dalam ekonomi dunia sedang berubah, lanskap politik semakin dinamik dan teknologi berkembang pesat.
 
Justeru, beliau menyeru untuk bergerak bersama-sama menjadikan tahun ini sebagai tahun kejayaan untuk semua.
 
Beliau berkata demikian ketika teks ucapannya dibacakan oleh Setiausaha Politik Nor Azrina Surip, pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Tiognhua Labuan (LCCC) sempena Tahun Baharu Cina 2025.
 
Hampir 1,000 orang terdiri pelbagai kaum hadir meraikan sambutan rumah terbuka itu.
 
Hadir sama, Pengerusi LCCC Datuk Wong Kii Yii dan Ahli Parlimen Labuan Datuk Indera Dr Suhaili Abdul Rahman.
 

ROSLINA BINTI DIN