fb fb fb fb fb

Peroleh pasport kekal, Ahmad Zahid hargai keputusan mahkamah

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar-pelajar
tahfiz yang hadir pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek Ar-Rahman
Kampung Pulai/ Foto BERNAMA)

JASIN, 28 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghargai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan beliau mendapatkan semula pasport antarabangsa dan pasport diplomatik secara kekal.
 
Katanya, dengan adanya dokumen itu memudahkan beliau untuk menjalankan tugas rasmi di luar negara.
 
“Ini membolehkan untuk saya melaksanakan tugas-tugas rasmi saya khususnya melibatkan lawatan rasmi dan juga menghadiri mesyuarat atau persidangan di peringkat antarabangsa.

Dan tentunya ini memberikan makna yang cukup baik untuk saya dan saya menghargai keputusan mahkamah khususnya kepada ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan daripada peguam-peguam saya untuk Yang Arif memberi keputusan itu,” katanya.

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan Sekolah Tahfiz kepada wakil
dari Sekolah Pondok dan Tahfiz Tuan Guru Haji Husin, Supriyadi Sage pada Majlis Santunan
Kasih Ramadan/ Foto BERNAMA) 

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulai, Serkam, di sini.
 
Terdahulu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hanipah Farikullah pada 27 Mac sebulat suara membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan dokumen berkenaan secara kekal selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu pada 3 Februari lalu.

Media Baharu