fb fb fb fb fb

Permit jual mercun, Polis Kelantan akan putuskan keputusan dalam masa terdekat

TUMPAT, 5 April- Polis Kelantan menerima sembilan permohonan permit untuk berniaga mercun sempena Ramadan di negeri itu.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat kelulusan mengenai perkara itu belum lagi diputuskan kerana perlu merujuk kepada syarat yang ditetapkan.

Jelasnya, proses kelulusan permohonan berkenaan akan dibuat dalam masa terdekat.

"Berbanding tahun lepas kita PKP memang tak boleh berniaga cuma tahun ini saya bagi ruang sikit asalkan mereka ini mengikut syarat-syarat yang telah pun ditetapkan. Ada 36 jenis bunga api yang diluluskan oleh KDN senarai itu boleh dapat daripada pejabatlah," kata Shafien menyatakan perkara itu kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke tempat kebakaran di Jalan Boustead, di sini.


(Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat menjelaskan kepada media ketika melawat ke tempat
kebakaran di Jalan Boustead, Tumpat)

Pada program itu, beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas kepada keluarga yang terlibat.

Sebanyak 36 jenis mercun atau bunga api diluluskan untuk penjualan dan pihaknya akan meluluskan permit jualan jika penjual mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Pihaknya juga menubuhkan pasukan pemantau yang akan meninjau penjualan barangan itu di bazar Ramadan nanti.

Mengulas mengenai penyeludupan mercun yang semakin aktif sepanjang Ramadan ini, beliau berkata ia berikutan permintaan yang tinggi serta pulangan lumayan yang menyebabkan penyeludup sanggup membawa masuk pelbagai jenis mercun atau bunga api menerusi laluan tidak sah.

Media Baharu