fb fb fb fb fb

Permintaan industri halal Negeri Sembilan di tahap tinggi

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun /Foto RTM

SEREMBAN, 12 Jun- Permintaan terhadap pelaburan halal di Negeri Sembilan berada pada tahap yang tinggi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tahap guna pakai serta pembangunan dua Taman Industri Halal Halmas (Halal Park)  di negeri itu berada pada tahap tinggi terutamanya pembangunan Techpark@Enstek telah memasuki fasa ketiga.

"Permintaan kepada pelaburan hala di Negeri Sembilan tinggi. Oleh sebab itu, kita dah tiada kawasan industri baharu.

"Techpark@Enstek diperkenalkan dan kini berada di fasa tiga sedang dan telah hampir habis dijual. Jadi menunjukkan kepada kita bahawa permintaan kepada "Tech Park di Negeri Sembilan untuk halal itu adalah tinggi", katanya demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, di sini.

Tambahnya, terbaharu, Negeri Sembilan turut mempelawa syarikat New Zealand untuk  meneroka usaha sama khususnya dalam industri halal yang sedang berkembang pesat.

Menurut Datuk Seri Aminuddin, Negeri Sembilan menawarkan kelebihan strategik kepada pelabur asing merentas pelbagai industri termasuk farmaseutikal, teknologi makanan, pertanian, produk halal dan sektor teknologi tinggi.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD