fb fb fb fb fb

KWSP catat 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama 2024

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 Jun- Seramai 107,105 individu mendaftar sebagai ahli baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Jumlah itu menjadikan bilangan keseluruhan ahli KWSP seramai 16.1 juta.

Daripada jumlah tersebut, 8.6 juta merupakan ahli aktif, mewakili 50 peratus daripada 17.1 juta tenaga buruh Malaysia.

Bagi tempoh sama, 20,080 pendaftaran majikan baharu direkodkan, menjadikan jumlah terkini sebanyak 608,433 majikan.

Jumlah caruman yang diterima, meningkat kepada RM29.13 bilion daripada RM25.83 bilion, suku pertama 2023.

Sementara itu, inisiatif i-Saraan merekodkan pendaftaran baharu sebanyak 146,171.

Jumlah keseluruhan keahlian i-Saraan meningkat 43.9 peratus kepada 1.4 juta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, peningkatan bilangan ahli dan caruman sukarela, menunjukkan momentum pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan, disokong dasar Malaysia MADANI yang kukuh.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE