fb fb fb fb fb

Permintaan baju tradisi, kontemporari meningkat menjelang sambutan Pesta Kaamatan

(FOTO RTM SABAH)

KOTA KINABALU, 18 Mei - Masyarakat Sabah khususnya Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) kini semakin sibuk melakukan pelbagai persiapan menjelang sambutan Pesta Kaamatan.

Ini apabila permintaan bagi tempahan baju tradisi dan kontemporari meningkat dengan mendadak.

Pereka Fesyen Busana Tradisi Kontemporari Sabah, Marcel Gatisi berkata pihaknya menerima kenaikan tempahan sehingga 70 peratus daripada tahun sebelumnya.

Permintaan membuat baju tradisi dan kontemporari Kaamatan diterima seawal Januari lepas malah terdapat permintaan dari luar negara secara dalam talian.

(Marcel Gatisi sedang menyiapkan tempahan pelanggannya)

Bagaimanapun untuk tahun ini, beliau menggunakan warna-warna yang lebih berani selain daripada hitam dalam rekaannya namun masih mengekalkan tradisi dan motif yang mewakili setiap daerah di Sabah.

"Kalau saya dulu, bahan asas kita guna hitam, tapi kali ini saya cuba keluar dari kotak tapi masih terdapat dalam kehidupan atau pakaian-pakaian tradisi mungkin lebih menonjol kepada warna dalam motif baju, jadi mungkin penggunaan warna hitam masih ada tapi mungkin dikurangkan sedikit," katanya kepada RTM.

Marcel yang turut terlibat dalam beberapa pertandingan Unduk Ngadau sekitar Sabah juga menasihati semua pereka muda agar menambah ilmu pengetahuan mengenai corak tradisi di samping berfikiran kreatif dalam menghasilkan karya masing-masing.

Media Baharu