fb fb fb fb fb

Perluas program keagamaan di masjid, Johor cadang kerjasama dengan Yadim

BATU PAHAT, 22 Ogos- Johor bercadang menjalinkan kolaborasi dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bagi memperluas program keagamaan, di masjid seluruh negeri.

Exco Hal Ehwal Agama Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata program melibatkan pengisian zikir, solat hajat dan selawat secara tidak langsung dapat mengimarahkan masjid dan surau negeri, terutama dalam kalangan golongan muda.

"Saya mohon Yadim untuk sebarkan program ini ke seluruh negara, dengan banyak tempat lagi, sebab saya yakin program bersifat munajat, zikir begini sangat ramai pengikutnya dan kita dahagakan program-program seperti ini dilaksanakan lebih banyak lagi," katanya.

(Mohd Fared Mohd Khalid)

Mohd Fared berkata demikian selepas menyertai Munajat Keluarga Malaysia di Masjid Seri Sulong, di sini.

"Insya-Allah, Yadim akan ambik perhatianlah untuk kita luaskan program ini ke 10 daerah di negeri Johor dan Batu Pahat ini sebagai permulaan, mungkin kita dapat habiskan seluruh negeri Johor ini sekitar dua atau tiga bulan lagi, insya-Allah," menurut Pengarah Yadim Johor, Muhammad Ammar Abdullah.

(Muhammad Ammar Abdullah)

Dalam pada itu, Mohd Fared turut memaklumkan proses memperluaskan kemudahan Wifi ke seluruh masjid negeri berada di peringkat akhir dan dijangka bermula tahun hadapan.

Pihaknya sedang mengadakan pertemuan bersama pembekal telekomunikasi bagi menilai potensi perkhidmatan yang dapat memberi manfaat sebaiknya kepada kerajaan negeri.

Media Baharu