fb fb fb fb fb

Perlu laksana mekanisme tertentu, elak ketirisan bantuan

KUALA LUMPUR, 5 April - Rakyat perlu bersedia berdepan kemungkinan berlaku pemansuhan atau perubahan kepada pemberian subsidi pada masa depan.

Felo Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma menjelaskan, selain bertujuan mengelak ketirisan, mekanisme tertentu perlu dilaksana supaya ia hanya memanfaatkan golongan sasar yang layak dan memerlukan.

"Subsidi ini ada dua pendekatan. Satu, yang 'direct' yang terus dan ini yang dikata bersasar. Yang satu dikata tidak langsung ataupun 'blanket subsidi', itu yang diberi kepada semua orang tanpa mengira pendapatan tinggi ataupun rendah. Jadi ini yang sering menjadi kerisauan, ia disasarkan tetapi tidak menepati 'target'nya.

(Dr Madelinemembincangkan isu berkenaan dalam rancangan
Selamat Pagi Malaysia, di Angkasapuri)

Kumpulan disasarkan. Kita nak hapuskan subsidi, bukan hapus mungkin di'face out'. Kalau boleh digantikan kepada subsidi bersasar. Kita perlu mendidik diri kita dan juga rakyat umum bahawa subsidi ini akhirnya ia akan berlaku perlu di 'face out'. Maknanya daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar ataupun subsidi itu akan ditarik balik. Jadi, dalam jangka masa panjang, besar kemungkinan banyak subsidi akan ditarik balik," kata Dr Madeline, di sini.

Melihat kepada keperluan jangka masa panjang Dr Madeline berkata, pengkelasan kumpulan pendapatan yang layak menerima subsidi juga perlu diperhalusi semula.

Langkah itu pada masa sama, dapat mengurangkan beban perbelanjaan fiskal negara, dengan memberi tumpuan subsidi kepada kelompok tertentu.

"Kalau kita tengok dua aspek yang penting di sini ialah satu pengkelasan, siapa yang patut menerima subsidi. Pengkelasan itu memang ada usaha ke arah untuk di 'classify' supaya tidak lagi menggunakan pengkelasan itu sebab pengkelasan itu adalah berdasarkan pendapatan.

"Dan walaupun perbezaan pendapatan RM0.01, ia meletakkan seseorang itu dalam kelas yang mana. Bayangkan, B40 dengan M40. Bezanya RM0.10. Sebab dia menggunakan satu garis. Jadi, itu satu ye. Yang kedua ada yang mengatakan sebenarnya pengkelasan itu sudah tidak sesuai lagi digunakan. Besar kemungkinan kerajaan mungkin akan mengkelaskan semula, tiada lagi B40, M40 dan T20. Mungkin ada kelas baru, menurut Dr Madeline lagi.

Media Baharu