fb fb fb fb fb

KPM pastikan MBPK terus terima pendidikan berkualiti

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 5 April - Usaha memantapkan program Pendidikan Khas di Malaysia terus dipergiat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan memberi penekanan kepada enam teras strategik.

Timbalannya, Lim Hui Ying berkata enam strategik itu meliputi penambahbaikan akses dan mobiliti, pemantapan sumber manusia, pemantapan pengajaran dan pembelajaran, penambahbaikan sistem sokongan, pemantapan pengurusan data, dan pemantapan tadbir urus.

Beliau berkata, semua usaha yang dilaksanakan adalah bagi memastikan setiap Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) menerima pendidikan yang berkualiti.

(Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying)

"Data pada 31 januari 2023 menunjukkan terdapat seramai 107,020 orang MBPK berbanding 97,220 orang pada tahun 2021 dan 93,951 pada tahun 2020.
Sehubungan dengan itu, KPM akan terus menyediakan akses pendidikan kepada MBPK terutama sekolah dengan kesediaan keperluan pendidikan khas bergantung kepada tahap kefungsian murid, intervensi serta sokongan yang diperlukan.

"Berdasarkan prinsip ini juga, KPM telah diberi sejumlah peruntukan pada setiap tahun bagi memperkasa pendidikan khas," katanya.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Senator Datuk Ras Adiba Radzi di Parlimen.

Media Baharu