KUALA LUMPUR, 18 Ogos - Agenda reformasi dalam institusi negara wajar diperkukuhkan dalam memastikan tadbir urus negara dapat diutamakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Sri Azalina Othman.
Katanya, ia bagi mencapai kepentingan pelbagai mekanisme terutama melibatkan penggubalan perundangan serta penyelarasan pentadbiran demi pembangunan negara.
Azalina berkata, pembentukan Kerajaan Perpaduan kini juga telah meletakkan agenda reformasi institusi negara sebagai keutamaan.
"Malah usaha itu kekal berterusan seperti yang dijanjikan kerajaan perpaduan kini. Institusi negara juga harus dilihat sebagai contoh dalam menjalankan fungsi semak imbang supaya ia dilihat adil bagi semua pihak," Azalina berucap pada Program Syarahan Parlimen siri ke 3, di Bangunan Parlimen.
Turut hadir Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Mantan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof.
Turut diadakan sesi soal jawab bersama tetamu yang hadir dalam memberi pencerahan terhadap fungsi dalam institusi negara khususnya parlimen.
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Undang-Undang dan Reformasi Institusi),
Datuk Sri Azalina Othman)