fb fb fb fb fb

Ambil langkah preventif, hindar isu 3R berlarutan

(Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah)

KUALA KANGSAR, 19 Ogos- Usaha-usaha preventif wajib dirintis bagi menghindarkan isu-isu menyentuh agama, raja dan kaum (3R) daripada berlarutan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, ahli-ahli Dewan Negara dan Orang Besar Jajahan hendaklah berperanan proaktif membantu usaha-usaha preventif dan langkah-langkah pembendungan yang tegas.

"Perkara-perkara menyentuh agama, raja dan kaum yang disensasikan, jika berlaku hendaklah segera dipersembahkan kepada pengetahuan beta dan mendapatkan nasihat beta. Jika perlu laporkan kepada pihak-pihak berkuasa dan badan perundangan," titah Sultan Nazrin bersempena Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak di Istana Iskandariah, di sini.

Baginda juga bertitah, Orang Besar Jajahan perlu mendampingi golongan remaja.

Adakan pertemuan, dialog dan perbincangan dengan pemimpin belia di jajahan masing-masing.

Dalam majlis itu, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan pelbagai jawatan dalam agensi dan jabatan berkaitan Islam kepada 10 individu.

(Titah Sultan Nazrin bersempena Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak di Istana Iskandariah)

Media Baharu