fb fb fb fb fb

Ekonomi MADANI digital semakin rancak

SEREMBAN, 17 Ogos - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhasrat meningkatkan digitalisasi merentasi negeri, syarikat dan masyarakat dalam kerangka Ekonomi Digital.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Ekonomi MADANI adalah sektor ekonomi digital yang kini semakin mendapat perhatian.

"Ini penting kerana kita lihat menyediakan kesaling hubungan atau 'conectivity' memungkinkan perkhidmatan dan keterlibatan dalam ekonomi digital yang lebih meluas, usaha pihak kementerian menyediakan kemudahan internet hingga ke 3% kawasan penduduk yang langsung tidak ada kesaling hubungan sebenarnya membolehkan mereka terlibat.

"Mereka yang berada di kampung orang asli yang tidak dapat akses yang baik apabila mereka dapat menggunakan internet melalui satelit boleh membeli barang-barang dari Mydin," Fahmi berucap melancarkan Semarak Gemilang Malaysia MADANI OHMYDIN! Meriah Bersama sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan ulang tahun Mydin ke-66, di sini.

Tambahnya, pelaburan dalam bidang ekonomi digital negara telah menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan, hampir RM24 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Kerajaan juga berazam untuk melahirkan syarikat tempatan yang berdaya saing di pasaran antarabangsa.

Pendigital bakal merubah cara sesebuah organisasi beroperasi, dengan menjadikan teknologi sebagai sebagai teras utama yang membolehkan organisasi untuk beroperasi dengan cekap serta dapat meningkatkan hasil pengeluaran dengan meminimalkan pembaziran sumber.

(FOTO BERNAMA)

Dalam pada itu, KKD meminta Suruhanjaya Komunikas dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya memberi penekanan terhadap masalah internet di semua bangunan pasaraya Mydin termasuk di Sabah dan Sarawak.

Fahmi berkata, ia bertujuan menyelesaikan masalah capaian internet di kawasan terlibat.

"Mungkin maklum kepada MCMC semua bangunan Mydin tolong bincang dengan datuk amin termasuk yang di sarawak yang kita lawat tempoh hari perlu kita pastikan isu internet dapat diselesaikan ini kalau boleh kita beri penekanan," kata Fahmi lagi.

Kempen yang berlangsung bermula hari ini hingga 31 Oktober 2023, menawarkan penjimatan melalui diskaun barangan, pulangan tunai serta hadiah pelbagai peraduan melibatkan kos keseluruhan bernilai RM6.6 juta.

Dalam pada itu, beliau memberitahu pihaknya juga berhasrat untuk membuat istimewa kepada pengamal media yang mempunyai kad perakuan media.

Media Baharu