fb fb fb fb fb

Projek naik taraf klinik kesihatan di Melaka dijangka siap pada Oktober

BUKIT RAMBAI, 17 Ogos - Projek naik taraf tujuh klinik kesihatan di Melaka dijangka siap sepenuhnya pada hujung Oktober depan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM), Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata projek berkenaan menelan belanja sebanyak RM3.15 juta.

Beliau berkata klinik yang dinaik taraf tersebut berusia lebih 30 tahun dan memerlukan penambahbaikan seiring dengan pertambahan penduduk di satu-satu kawasan.

Klinik Kesihatan terlibat antaranya tiga di Jasin, tiga di Alor Gajah dan satu di Melaka Tengah.

"Tujuh projek yang kita ada ini berusia lebih 30 tahun dan semua ini dan kita ada lagi senarai Insya-Allah kita akan hantar kepada kementerian jika ada peruntukan lagi untuk kita naik taraf lagi, jadi kita ada klinik dan kuarters yang akan kita naik taraf lagilah," kata Dr Rusdi, di sini.

(Dr Rusdi bercakap kepada pemberita selepas melawat
tapak pembinaan baru Klinik Kesihatan, di sini)

 

Media Baharu