fb fb fb fb fb

Henti minta dan beri komisen - PM

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Amalan meminta dan memberi komisen dalam mana-mana pelaksanaan projek pembangunan, termasuk projek perumahan perlu dihentikan segera.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim komisen tersebut harus dikembalikan kepada rakyat dalam mewujudkan keadilan sosial serta kebajikan negara.

"Ada keuntungan tiada masalah, tapi janganlah potong RM10 juta atau RM15 juta kepada pak menteri atau parti seperti amalan sebelum ini, ini yang merosakkan.

"Saya faham ramai yang marah saya kerana menyinggung hal ini tapi semua orang tahu, tanyalah pemaju di Wilayah Persekutuan...adakah saya betul atau tidak....adakah saya sengaja memperbesarkan perkara ini...hakikat semua menyatakan ini telah menjadi amalan.

"Jadi sekarang saya kata perlu hentikan ini...pulangan RM10-RM15 juta yang diberikan sebagai komisen dan bayaran itu, pulangkan kepada rakyat, itu yang saya minta rakyat faham," katanya.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmian Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi, di sini hari ini.

Media Baharu