fb fb fb fb fb

Perkhidmatan awam dijamin tidak terjejas pasca PRU15

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 20 November- Sektor perkhidmatan awam dijamin tidak terjejas biarpun pada tempoh pembentukan kerajaan.

Ini kerana mereka komited untuk terus mendukung konsep berkecuali dan kerajaan semasa berdasarkan prinsip undang-undang.

Jaminan itu dinyatakan Ketua Setiausaha Negara; Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Menurut beliau anggota perkhidmatan awam akan terus menyempurnakan tugas diamanahkan dengan penuh dedikasi.

Komitmen dilaksana bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan pemegang taruh tidak terjejas.

Tegasnya kakitangan awam sentiasa siap sedia dan berpegang teguh kepada prinsip dan ikrar perkhidmatan awam.

(Foto hiasan)

Media Baharu