fb fb fb fb fb

PDRM pastikan ketenteraman awam terjamin dalam tempoh pasca PRU15

KUALA LUMPUR, 20 November - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan agar tiada pihak cuba menimbulkan perkara yang boleh menganggugugat keselamatan dan ketenteraman awam, dalam tempoh pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata PDRM akan terus bersedia menghadapi fasa pasca PRU15 dan tempoh pembetukan kerajaan.

"Bagi tujuan itu semua elemen telah digerakkan untuk memastikan ketenteraman awam terjamin, PDRM akan mengambil tindakan tegas bagi menangani tindakan mana-mana pihak yang dikesan cuba mengancam tahap keselamatan negara," katanya.

(FOTO HIASAN)

Acryl Sani berkata, pengundian semalam berlangsung dengan lancar.

Media Baharu