fb fb fb fb fb

PERKESO Kelantan yakin wujudkan 6,888 penempatan pekerjaan tahun ini

(FOTO FAIL)

KOTA BHARU, 8 April - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kelantan yakin mampu merealisasikan 6,888 penempatan pekerjaan tahun ini.
 
Pengarahnya, Nora Yaacob berkata sasaran itu mampu dicapai menerusi antaranya inisitiatif Karnival Kerjaya MyFutureJobs yang akan diadakan Jun ini dan insentif Kerjaya MADANI.
 
"Kita nak cuba dapatkan penempatan sebanyak yang mungkin dan kita juga nak war-warkan akta baharu kita, akta suri rumah di mana pengisian di dalam karnival nanti bukan sahaja melibatkan lebih kurang 25 majikan yang menyediakan lebih kurang 6 hingga 7000 kekosongan jawatan," kata beliau pada sidang media selepas program Nostalgia Raya 2023 Perkeso Kelantan di Wisma Perkeso, di sini hari ini.
 
Mengulas lanjut, beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas, sebanyak 5,500 penempatan pekerjaan telah berjaya dilaksanakan.


(Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kelantan, Nora Yaacob) 

Dalam pada itu katanya, berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran di Kelantan adalah agak tinggi setakat Februari lalu iaitu sebanyak 4.1 peratus, dipercayai kerana kebanyakan penduduk memilih untuk bekerja sendiri.
 
Walau bagaimanapun jumlah itu adalah menurun berbanding 4.6 peratus pada Disember tahun lepas.
 
Oleh itu, PERKESO Kelantan komited untuk mendapatkan penempatan pekerjaan sebanyak yang mungkin bagi membantu mengurangkan kadar pengangguran di negeri itu.

Media Baharu