fb fb fb fb fb

Perkembangan banjir di Johor

 

JOHOR BAHRU, 3 Januari - Setakat pukul 8.00 malam tadi, seramai 2,553 penduduk terjejas direkodkan melibatkan 653 keluarga di 45 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Johor.

Tiga daerah yang dilanda banjir selepas Segamat dan Tangkak adalah Kota Tinggi, Kluang dan Johor Bahru.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyanathan memaklumkan, PPS SJK(C) Tah Kang di Segamat merekodkan angka paling ramai dipindahkan iaitu 319 orang daripada 85 keluarga.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang seramai 267 orang diikuti Dewan SK Batu Anam seramai 256 orang.

Di Tangkak, angka penduduk yang dipindahkan ke PPS Sekolah Agama Bandar Tangkak adalah 51 orang daripada 13 keluarga.

Di Kota Tinggi, PPS SK Mawai melibatkan 97 orang manakala PPS SK Teluk Ramunia seramai 16 orang dipindahkan.

Di Kluang juga menyaksikan dua PPS dibuka hari ini melibatkan PPS Balairaya Kampung Muhibah dan Balai Komuniti Kampung Melayu Batu 4 iaitu masing-masing 11 orang dipindahkan.

Di Johor Bahru, hanya seorang dipindahkan ke PPS Dewanraya Sungai Tiram.

Media Baharu