KUALA LUMPUR, 3 Januari - Penduduk di kawasan pesisir pantai terutamanya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung diingatkan berwaspada dengan fenomena air pasang besar bermula hari ini.
Fenomena yang berlanjutan hingga Rabu dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak, Selangor dan Johor.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, kawasan terbabit melibatkan Kuala Muda - Kedah, Bagan Datuk - Perak, empat daerah di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.
Walaupun kejadian air pasang besar kali ini berskala lebih kecil berbanding bulan November lalu, keadaan lebih buruk boleh berlaku sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak.
Situasi itu akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.