fb fb fb fb fb

Perkembangan banjir di Pahang

KUALA LUMPUR, 3 Januari - Setakat pukul 10.30 malam tadi, seramai 1,729 orang daripada 522 buah keluarga ditempatkan di 50 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pahang.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu meningkat sedikit berbanding 1,682 daripada 505 buah keluarga di 50 buah PPS setakat pukul 7.00 petang.

Lapan daerah yang dilanda banjir membabitkan daerah Lipis, Maran, Bera, Raub, Rompin, Jerantut, Pekan dan Bentong.

Media Baharu