fb fb fb fb fb

Perkasa TVET: Captain 88 sumbang RM100,000 untuk sekolah di Pulau Pinang

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ditemui RTM selepas majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2025 Captain 88 di George Town

GEORGE TOWN, 1 Februari- Sejumlah RM100,000 peruntukan diberikan persatuan kebajikan dan pendidikan, 88 Captain kepada Yayasan Amal TYT.
 
Ini bagi tujuan pembekalan “smartboard” kepada 10 buah sekolah sekitar Pulau Pinang.
 
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, persatuan itu juga kini giat menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi (IPT).

Ini bagi memastikan golongan muda di negeri itu berpeluang menceburi Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pendidikan digital secara menyeluruh.
 
"Mereka sudah jalinkan kerjasama dengan beberapa buah institursi pendidikan tinggit dengan tujuan untuk pastikan pelajar dapat peluang bekerja dan berpeluang untuk berkerja di industri supaya apabila mereka tamat belajar, mereka sudah ada pengalaman amali dengan kilang-kilang," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2025 Captain 88 di George Town.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE