fb fb fb fb fb

Perkasa kolaborasi KPDN, KPKM, tangani kekurangan beras

(Datuk Armizan Mohd Ali meninjau bekalan dan harga beras ketika Ops JAMIN
di Pasar Raya Sri Ternak, Selayang/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 19 September- Kolaborasi bersepadu antara Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan diperkasa dalam mengatasi isu kekurangan bekalan beras dalam negara.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali menyatakan pihaknya akan mencadangkan perluasan bidang kuasa kepada penguat kuasa KPDN untuk membantu KPKM pada mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) esok.


(Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali)

"Pendekatan merentasi semua peringkat dan bila kita sebut pendekatan seluruh negara ia melibatkan komponen kerjasama dan peranan agensi-agensi kerajaan secara menyeluruh. Jadi saya fikir Kementerian Pertanian boleh bekerjasama dengan KPDN dengan lebih rapat untuk melalui akta sedia.

"Dengan adanya lanjutan kuasa itu kita dapat membantu komitmen kita untuk membantu Kementerian Pertanian demi kepentingan rakyat",katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan bekalan barangan keperluan harian di dua pasar raya di Selayang.

Tambahnya lagi, KPDN akan menawarkan jualan beras import bersubsidi menerusi Program Jualan Rahmah sebagai langkah menangani isu kekurangan bekalan beras tempatan untuk golongan sasar.

Media Baharu