fb fb fb fb fb

Kes tembak, polis Kelantan kesan lima individu

TUMPAT, 19 September- Polis Kelantan masih mengesan lima suspek kes tembak maut seorang lelaki di Machang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata motif kejadian pembunuhan tersebut masih lagi dalam siasatan.

"Mangsa yang maut juga mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau seperti ugutan, pengedaran dadah dan beberapa lagi kes.

"Kita masih lagi cuba mengesan kesemua suspek tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu pihak polis," katanya kepada pemberita di sini.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut ditembak ketika berada di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di hadapan sebuah kedai alat ganti kenderaan di Jalan Hutan Kuin, Machang.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, mangsa berumur 38 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.


(Kita masih lagi cuba mengesan kesemua suspek tersebut)

Media Baharu