fb fb fb fb fb

Festival Makanan Pantai Timur perkenal hidangan, budaya

DENGKIL, 19 September- Festival Makanan Pantai Timur gabung tiga buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi mengetengahkan makanan dan adat budaya pantai timur kepada rakyat Malaysia khususnya generasi baru.

Festival itu anjuran Mek Noor Nasik Dagang itu turut mendapat kerjasama Tourism Malaysia, Malaysia Chambers of Entrepreneurs Business Development (MCED), Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekututan (PPZ MAIWP), Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan bertempat di Anjung Floria, Putrajaya.

Ketika ditemui RTM, Noor Shuhada Zakaria berkata "festival makanan Thailand sering diadakan di Malaysia, jadi Festival Makanan Pantai Timur ini pertama kali diadakan dan akan mengetengahkan makanan tradisi Malaysia kepada umum.

"Walaupun ia mudah didapati namun ia juga memberi peluang kepada peniaga dan penggemar makanan untuk merasai keenakan dan keunikan hidangan Pantai Timur. Ia juga secara tidak langsung boleh dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negara dalam mempromosi Malaysia selain menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong luar negara," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Selain itu ia juga memberi peluang dan sokongan kepada usahawan pantai timur yang memperjuangkan produk itu dalam dan luar negara.

Festival yang berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober itu turut dimeriahkan dengan kehadiran artis tempatan dan penghibur tanah air seperti Ani Mayuni, Syafiq Farhain, Ayu Damit, Haziq Rosebi, Roslan Madun , Ayie Lantana, Isma AF.

Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada para pengunjung menerusi acara cabutan bertuah termasuk hadiah utama iaitu sebuah Motosikal.

(Noor Shuhada Zakaria)

Media Baharu