fb fb fb fb fb

Perkara berkaitan MA63 akan diselesaikan dalam tempoh sebulan

KUCHING, 8 Disember- Perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan menjadi keutamaan untuk diselesaikan dalam tempoh sebulan demi memperjuangkan hak rakyat Sarawak dan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusuf memaklumkan perkara itu kini di peringkat perbincangan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Armizan Mohd Ali.

"Sudah pasti itu menjadi tumpuan utama saya di peringkat kerajaan negeri. Saya dan Datuk Armizan bersetuju untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak untuk melihat keutamaan di
peringkat negeri dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan," katanya di sini.

Tambah beliau, sekiranya terdapat perkara yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan, maka ia akan dibentangkan di peringkat Dewan Rakyat.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menerima kunjungan hormat daripada Datuk Seri Fadillah berkata beliau bersama-sama empat lagi menteri daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang baharu dilantik di peringkat persekutuan.

(Fadillah Yusuf)

Media Baharu