fb fb fb fb fb

Perjumpaan Anwar dan Sanusi pada 4 Mei, bukti keprihatinan PM

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid (kanan)

PADANG TERAP, 21 April - Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor di Alor Setar pada 4 Mei depan mempamerkan keprihatinan perdana menteri terhadap pembangunan negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kesudian perdana menteri hadir bagi mendengar taklimat pembangunan negeri itu menunjukan kesungguhan beliau mengenai pembangunan rakyat, biarpun Kedah ditadbir pembangkang.

"Saya fikir itu merupakan seorang pemimpin yang tak melihat sempadan apabila nak melihat kepada pembangunan rakyat walaupun negeri ini negeri pembangkang," kata Mahdzir kepada pemberita dalam Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Padang Terap di Padang Kerasak.

Dalam pertemuan itu Sanusi menyatakan akan menyampaikan hasrat ataupun 'wishlist' daripada negeri Kedah kepada Kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan lanjut.

Kedua-dua pemimpin berkenaan dijangka menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 di Tasik Darulaman, Jitra pada sebelah malamnya.

Dalam perkembangan lain, Barisan Nasional (BN) Kedah akanmemberikan sokongan kepada calon daripada Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan pada pilihanraya kecil DUN Kuala Kubu Baharu.

TETITIA YUSOFF