fb fb fb fb fb

MoU peruntukan kepada pembangkang masih dalam perincian-Fadillah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof/ Foto RTM

SAMARAHAN, 21 April - Draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang masih diperincikan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata buat masa ini, kerajaan belum dapat mendedahkan butiran draf terbabit kerana masih lagi di peringkat perbincangan.

"Bila draf sudah disiapkan dan dipersetujui, kita akan agihkan kepada pihak pembangkang dan mereka akan menilai sama ada mereka bersetuju atau ada pindaan.

"Bila sudah kesemuanya, baru kita akan bawa bagi keputusan akhir", kata Fadillah yang ditemui pemberita selepas majlis rumah terbuka aidilfitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri Stakan, Datuk Hamzah Ibrahim di sini hari ini.

Intipati draf MoU itu akan diumumkan apabila dipersetujui semua pihak.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan ke satu tempoh baru.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD