fb fb fb fb fb

Perjanjian kolektif lebih efektif jamin kebajikan pekerja

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee

SHAH ALAM, 21 Mei - Kadar gaji minimum bukan satu-satunya penanda aras kebajikan pekerja, sebaliknya Perjanjian Kolektif (CA) sebagai instrumen yang lebih komprehensif dan fleksibel bagi berunding faedah serta gaji yang adil mengikut konteks industri.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee berkata, CA mempunyai kekuatan undang-undang bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) dengan majikan yang ingkar boleh dikenakan tindakan.

"Ia juga memberikan perlindungan undang-undang kepada pekerja dan majikan yang menjadi asas kepada hubungan industri yang harmoni dan produktif," katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, KESUMA menyalurkan geran RM25,000 kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PONSB) bawah Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS), melibatkan pelaksanaan latihan dan pembelian peralatan ICT.

Steven berkata, ia sebagai tanda sokongan kepada pemodenan pengurusan kesatuan.

Beliau hari ini mengadakan lawatan kerja ke PONSB di Shah Alam, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan strategik antara kerajaan dan akar umbi pekerja industri.

Lawatan itu merupakan pertemuan ke-27 beliau bersama kesatuan sekerja sejak menerajui KESUMA

Sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa agenda Kebajikan, Kemahiran dan Keberhasilan (3K) melalui pendekatan tripartit bersama kesatuan dan majikan.

"Sepanjang sesi libat urus tersebut, pelbagai isu berkaitan industri automotif telah dibincangkan, termasuklah terma perkhidmatan dan cabaran semasa sektor automotif, strategi menarik ahli baharu kesatuan, pendigitalan pengurusan dan pengukuhan latihan kepimpinan kesatuan," katanya menerusi kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF