fb fb fb fb fb

Perjanjian ART Malaysia–AS diteliti secara menyeluruh sebelum dimeterai

FOTO PMO

GYEONGJU, 1 November - Usaha melindungi kedaulatan dan kepentingan negara dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia dengan Amerika Syarikat sudah bermula sejak peringkat rundingan.

Tegas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, setiap aspek dan risiko diteliti secara menyeluruh, sebelum perjanjian berkenaan dimeterai.

“Di peringkat Kabinet memang akan membuat keputusan terakhir, tetapi perundingan itu disokong pasukan perunding yang melibatkan semua agensi dan kementerian berkaitan. Kita melihat semua risiko dan aspek, bagi memastikan perjanjian tersebut memberi hasil terbaik kepada Malaysia,” katanya pada sidang media di sini.

Jelas beliau lagi, kerajaan terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan berhubung perjanjian tersebut, namun ia harus berasas, bukan bermotif serangan politik.

Kementeriannya akan melaksana lebih banyak sesi libat urus bagi meningkatkan pemahaman masyarakat berhubung perjanjian berkenaan terutama berkait kepentingan manfaatnya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE