fb fb fb fb fb

Perdana Menteri umum senarai Timbalan Menteri kerajaan perpaduan

(Datuk Seri Anwar mengumumkan senarai pembentukan barisan Timbalan Menteri pada sidang
media Pengumuman Timbalan Menteri bagi Kabinet Kerajaan Perpaduan/PMO)

PUTRAJAYA , 9 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar mengumumkan senarai 27 Timbalan Menteri kerajaan perpaduan.

Jumlah itu lebih kecil berbanding kerajaan terdahulu, seramai 38 orang.

Senarai penuh seperti berikut:

1. Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Seri Ahmad Maslan

2. Timbalan Menteri Kewangan: Steven Sim Chee Keong

3. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Rubiah Wang

4. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Siti Aminah Aching

5. Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Hasbi Habibollah

6. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Chang Foong Hin

7. Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Hanifah Hajar Taib

8. Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nasrullah Mohd Nasir

9. Timbalan Menteri Pertahanan: Adly Zahari

10. Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

11. Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

12. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Liew Chin Tong

13. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Mohammad Yusof Apdal

14. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Arthur Joseph Kurup

15. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Aiman Athirah Sabu

16. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Fuziah Salleh

17. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi): Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

18. Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Datuk Seri Huang Tiong Sii

19. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Saraswathy Kandasami

20. Timbalan Menteri Luar: Datuk Mohamad Alamin

21. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Khairul Firdaus Akbar Khan

22. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital: Teo nie Ching

23. Timbalan Menteri Pendidikan: Lim Hui Ying

24. Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Adam Adli Abd Halim

25. Timbalan Menteri Sumber Manusia: Mustapha@Mohd Yunus Sakmud

26. Timbalan Menteri Kesihatan: Lukanisman Awang Sauni

27. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Wilson Ugak Kumbong

Pengumuman khas di Putrajaya pada kira-kira 8.20 malam dan disiarkan secara langsung menerusi RTM.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Datuk Seri Anwar telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang tadi bagi memohon perkenan.

Acara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, dijadualkan berlangsung pada 3.00 petang esok di Istana Negara.

(Datuk Seri Anwar dalam sidang media mengumumkan senarai 27 Timbalan Menteri kerajaan
perpaduan/Foto PMO)

Media Baharu