fb fb fb fb fb

Perdana Menteri tinjau persiapan akhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 14 Oktober – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau persiapan akhir bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadual berlangsung minggu hadapan.

Sebagai Pengerusi sidang kemuncak berprestij itu, beliau menegaskan bahawa setiap perbincangan yang bakal diadakan perlu menghasilkan impak nyata bagi memperkukuh kesepaduan serantau, selain memberi manfaat kepada semua negara anggota ASEAN serta rakan dialog yang terlibat.

Beliau turut memaklumkan bahawa seluruh jentera kerajaan dan agensi berkaitan telah diarahkan bagi melaksanakan persiapan terbaik dengan ketelitian serta komitmen tinggi bagi memastikan sidang kemuncak itu berjalan lancar.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas yang telah bertungkus-lumus menjayakan persiapan menjelang sidang kemuncak berkenaan.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN