fb fb fb fb fb

Perdana Menteri tidak pernah kategorikan Hamas sebagai organisasi pengganas - Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil

SAN FRANCISCO, 17 November - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengkategorikan Hamas sebagai sebuah organisasi pengganas.

"Saya ikut dengan teliti kenyataan ucapan Perdana Menteru di parlimen atau APEC. Tidak pernah sekalipun beliau, bukan hanya bayangkan mahupun sebut seolah-olah Hamas organisasi pengganas," Fahmi mengulas kenyataan Concerned Lawyers for Justice (CLJ) mendakwa Perdana Menteri telah menyindir Hamas sebuah organisasi pengganas

Justeru Fahmi mahu CLJ perbetulkan kenyataan berkenaan.

Dalam satu kenyataan CLJ mendakwa Anwar telah menyindir bahawa Hamas merupakan sebuah organisasi pengganas dan menyuarakan kekecewaan mereka terhadap perkara tersebut.

Fahmi kini di San Francisco merupakan antara delegasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-30, yang berakhir hari ini.

Dalam pada itu Fahmi berkata, sektor komunikasi setakat Oktober masih menunjukkan trend sangat baik dengan kadar inflasi kekal sekitar negatif 3.7%.

Ini sekali gus membolehkan rakyat mendapakan akses internet dan ekonomi digital.

"Ini menunjukkan trend baik dari segi harga internet peranti dan saya percaya membolehkann ramai rakyat Malaysia dapat akses kepada internet dan eko digital," laporan berkenaan dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sementara itu, berhubung sambutan setahun Kerajaan Perpaduan; Fahmi menjelaskan ia perlu dilihat daripada sudut positif, susulan terdapat pihak mempersoalkan kewajarannya ketika suasana ekonomi tidak menentu.

TETITIA YUSOFF